Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pastikan proses pemulihan banjir berjalan lancar
  • Tengah
  • WILAYAH

Pastikan proses pemulihan banjir berjalan lancar

Utusan Sarawak 2 months ago
SUMBANGAN… Dato Sri Aaron Ago Dagang ketika menyampaikan sumbangan makanan kepada mangsa banjir di PPS Kompleks Sukan Kanowit. Foto Facebook Aaron Ago Dagang

KANOWIT: Menteri Perpaduan Negara, Dato Sri Aaron Ago Dagang menegaskan komitmen berterusan bagi memastikan proses pemulihan di kawasan terjejas akibat banjir di Kanowit berjalan lancar.

Beliau, yang juga Ahli Parlimen Kanowit, berkata pihaknya akan terus memantau situasi dan menggerakkan segala usaha bagi memastikan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan.

“Segala usaha akan terus dilakukan untuk membantu pemulihan kawasan ini,” katanya dalam kenyataan di Facebook miliknya.

PANTAU… Dato Sri Aaron Ago Dagang turun padang memantau kawasan yang terjejas banjir. Foto Facebook Aaron Ago Dagang

Terdahulu, Aaron turun padang ke kawasan yang paling teruk terjejas akibat banjir dan menyampaikan bantuan kepada mangsa bagi meringankan beban mereka.

Sementara itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (JPBNS) dalam satu kenyataan memaklumkan, seramai 185 mangsa daripada 72 keluarga masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) Kompleks Sukan Kanowit setakat 8.00 malam tadi.

Menurut JPBNS, jumlah mangsa yang masih berada di PPS menunjukkan penurunan susulan keadaan banjir yang semakin surut di kebanyakan kawasan di Kanowit.
Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 33 penerima terima sumbangan barangan keperluan
Next: RM148,500 diperuntukkan naik taraf infrastruktur Rumah Tunjang Naga, Rumah Badindang Luka

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.