Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pastikan kelancaran trafik, kekang jenayah
  • TEMPATAN

Pastikan kelancaran trafik, kekang jenayah

Utusan Sarawak 2 months ago
AWASI PEMANDUAN… Senator Dato Ahmad Dato Sri Ibrahim dan yang lain menjayakan Advokasi Op Selamat 24 di Kota Samarahan. -Foto UKAS

KOTA SAMARAHAN: Program Advokasi Op Selamat 24 sempena sambutan Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2025 telah dilancarkan di Bahagian Samarahan oleh Ahli Dewan Negara Malaysia, Senator Dato Ahmad Dato Sri Ibrahim.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Superintendan Damataries Lautin dalam kenyataan media, memaklumkan bahawa Op Selamat 24 akan berlangsung selama enam hari bermula esok hingga 3 April ini.

Jelasnya, operasi ini bertujuan meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap keselamatan jalan raya dan harta benda, mengurangkan kemalangan jalan raya dan menyelamatkan nyawa serta menguruskan kesesakan lalu lintas bagi memastikan kelancaran perjalanan.

Selain itu, Op Selamat 24 juga berfokus untuk meningkatkan kesedaran serta mendidik pengguna jalan raya mengenai keselamatan dan tanggungjawab, menguatkuasakan undang-undang lalu lintas dan mencegah jenayah pecah rumah melalui rondaan berkala bagi memastikan keselamatan premis kediaman yang ditinggalkan.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan semua bahagian dalam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan, khususnya Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, akan terlibat dalam operasi ini untuk memberi tumpuan kepada keselamatan pengguna jalan raya serta memastikan aliran trafik lancar.

Di sini, lima lokasi yang telah dikenal pasti sebagai tumpuan operasi ini iaitu Jalan Kota Samarahan-Mambong Batu 15, Jalan Kota Samarahan-Sadong Jaya, Jalan Datuk Mohd Musa Kota Samarahan, dan Jalan Kota Samarahan Expressway.

Turut hadir dalam majlis pelancaran adalah ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Metro Sdn Bhd Mazli Mustapha, Pengarah Projek Sarawak Metro Sdn Bhd Zafrin Zakariah, Pengarah Projek Kanan Ibraco Anthony Kong dan Ketua Jabatan Siasatan Trafik Daerah Samarahan ASP James Riis.

Pihak polis berharap dengan pelaksanaan Op Selamat 24, kesedaran keselamatan jalan raya akan meningkat dan jenayah semasa musim perayaan dapat dikurangkan, memastikan suasana perayaan yang lebih selamat dan harmoni. -UKAS

Continue Reading

Previous: Sarawak government launches free tertiary education scheme to ensure equal access for all
Next: Bekerjasama perangi rabies

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.