Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pastikan bandar kekal aman, selamat
  • WILAYAH

Pastikan bandar kekal aman, selamat

Utusan Sarawak 8 months ago
PERASMIAN… Albert Tiang mewakili Datuk Michael Tiang menyempurnakan majlis perasmian Karnival Sibuku Aman di Taman Tasik Permai, hari ini. Turut kelihatan ialah Raden Khairulzaman Raden Bustari, Yong Ing Chu serta yang lain.

SIBU: Semua pihak perlu mempunyai rasa tanggungjawab dan usaha kolektif untuk memastikan bandar ini kekal aman serta selamat.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang berkata, ini amat penting apabila melibatkan dadah kerana ia menjadi punca kepada peningkatan kadar jenayah apabila individu melakukan aktiviti haram untuk mengekalkan ketagihan mereka.

“Apabila pihak berkuasa terpaksa mengalihkan sebahagian besar perhatiannya untuk menghentikan jenayah dan penyalahgunaan dadah ini, ekonomi pasti akan terbeban.

“Itulah sebabnya, untuk mewujudkan masyarakat yang selamat dan berkembang maju memerlukan usaha daripada semua orang,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapannya yang dibacakan oleh Albert Tiang pada majlis perasmian Karnival Sibuku Aman di Taman Tasik Permai, hari ini.

PELEPASAN… Raden Khairulzaman Raden Bustari melakukan upacara pelepasan peserta Fun Walk pada Karnival Sibuku Aman di Taman Tasik Permai, hari ini.

Katanya, bandar selamat menjadi hab untuk perniagaan berkembang yang kemudiannya mewujudkan pekerjaan dan nilai hartanah meningkat.

“Sekolah dapat beroperasi tanpa rasa takut sekali gus menyediakan tempat pembelajaran untuk anak-anak kita.

“Ia menarik pelabur dan pelancong yang kesemuanya menyumbang kepada ekonomi tempatan yang teguh. Oleh itu, kepentingan bandar yang selamat tidak boleh dipertikaikan,” katanya.

Beliau menggalak semua orang untuk bekerjasama terutamanya dengan pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan.

“Apabila kita melihat antara satu sama lain, kita melabur untuk kesejahteraan keluarga kita, kemakmuran perniagaan kita, dan masa depan anak-anak kita,” ujarnya.

Turut hadir ialah Setiausaha Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Yong Ing Chu, pengerusi pengelola Karnival Sibuku Aman, Kaunselor Raden Khairulzaman Raden Bustari serta yang lain.
Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 20,000 pengunjung meriahkan Pesta Air Sibu Jaya 2024
Next: SCLF 2024 mampu tingkat minat kanak-kanak dalam STEM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.