Bos mahu liga disambung semula pada 12 Jun walaupun ada lapan ujian positif baru
PRESIDEN La Liga Sepanyol semalam bekata dia berharap kejohanan itu dapat disambung semula pada 12 Jun tetapi tangan mereka terikat dengan dasar kesihatan kerajaan.
Javier Tebas bercakap hanya beberapa jam selepas lima pemain dari dua liga teratas Sepanyol diuji positif Covid-19.
Dia kemudian mengesahkan bahawa tiga kakitangan yang tidak bermain juga positif.
“Saya menginginkan musim disambung semula pada 12 Jun tetapi ia bergantung kepada jumlahnya,” kata Tebas kepada Movistar.
“Akhirnya akan bergantung kepada pihak berkuasa kesihatan. Mereka menjelaskan apa yang dapat dilakukan. Kami tidak terburu-buru, kami bukan orang yang menentukan fasa tersebut.” tegas beliau.
Walaupun pengumuman lebih banyak ujian positif semalam, Tebas menegaskan bahawa Sepanyol berada di landasan yang betul untuk memulakan semula sukan tersebut dengan pantas.
“Ini kurang daripada yang kami harapkan. Kami menjangkakan 25 atau 30, berdasarkan kepada jumlah yang terlihat dalam Bundesliga dan potensi virus di Spanyol.
“Daripada 2,500 individu hanya lapan positif. Dan pemain sudah berada di fasa terakhir penyakit ini dan minggu ini mereka akan diuji lagi.” katanya.
Tebas menambah bahawa ketika pertandingan dimulakan semula, pemain akan diuji 24 jam sebelumnya.
Pemain liga teratas Sepanyol dan bahagian Segunda dibenarkan melakukan latihan individu di tempat latihan minggu lalu.
Langkah itu adalah permulaan program latihan berperingkat dengan tujuan untuk memulakan semula permainan kompetitif pada pertengahan Jun.
La Liga menegaskan mengenal pasti pemain yang dijangkiti melalui ujian positif adalah sebahagian daripada rancangan itu.
Pemain Barcelona kembali untuk sesi pertama pada Jumaat sementara Real Madrid telah bermula semalam.
Protokol perubatan untuk latihan adalah ketat dan merangkumi pemain yang tiba sudah bertukar dan pada masa-masa tertentu untuk mengelakkan bersentuh dengan orang lain.
Mereka memakai topeng dan sarung tangan selain suhu diambil sebelum memasuki kawasan. Pada akhir latihan, mereka mengambil sebungkus beg baru untuk keesokan harinya dan mandi di rumah.
Perlawanan bola sepak dijangka diadakan dalam stadium kosong selama beberapa bulan.
Tetapi bahagian ketiga dan keempat di Sepanyol tidak akan menyelesaikan musim mereka seperti yang disahkan oleh Persekutuan Bola sepak Sepanyol (RFEF) pada Rabu. Sebaliknya, promosi akan diputuskan melalui play-off dan tidak akan ada penyingkiran. – AFP