Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Pasaran getah ditutup rendah berikutan harga minyak lebih lemah, ringgit mengukuh
  • BISNES

Pasaran getah ditutup rendah berikutan harga minyak lebih lemah, ringgit mengukuh

Utusan Sarawak 3 weeks ago
GAMBAR hiasan. -Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah hari ini, didorong oleh penurunan harga minyak mentah dan ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Dagangan turut lengang berikutan cuti umum di beberapa pasaran getah serantau, kata peniaga.

Pada 4.35 petang, mata wang tempatan mengukuh kepada 4.2140/2200 berbanding dolar AS yang berada pada 4.2560/2600 ketika ditutup pada Jumaat, menjadikan getah Malaysia kurang kompetitif dalam pasaran antarabangsa.

Peniaga berkata kebimbangan mengenai kesan tarif perdagangan AS terhadap prestasi ekonomi global terus mempengaruhi sentimen pasaran.

“Bagaimanapun, penurunan selanjutnya dihadkan oleh kebimbangan mengenai penyusutan bekalan bahan mentah di negara pengeluar utama getah asli susulan cuaca hujan, selain keyakinan terhadap rundingan perdagangan AS berikutan tanda-tanda ketegangan perdagangan semakin berkurang,” katanya.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 merosot 9.0 sen kepada 729 sen sekilogram, manakala lateks pukal turun 4.50 sen kepada 604.50 sen sekilogram. -Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: AS akhirnya perlu turunkan tarif ke atas barangan China untuk teruskan urus niaga – Trump
Next: Aktiviti ambil untung saham terpilih, bursa Malaysia ditutup rendah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.