Pasaran getah ditutup bercampur-campur

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
MEMANTAU PERKEMBANGAN… Pengendali pasaran terus memantau perkembangan
berhubung pakej rangsangan fiskal AS dan vaksin Covid-19 terutamanya dengan kemunculan semula penularan pandemik ini di Eropah. Namun begitu, dasar baharu China untuk meningkatkan penjualan sel bahan bakar hidrogen sedikit sebanyak telah membantu pasaran.

KUALA LUMPUR: Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil semalam susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional berkurangan kepada RM32.51 bilion daripada RM35.25 bilion pagi semalam, manakala dalam sistem Islam, ia susut kepada RM11.26 bilion daripada RM17.72 bilion.

Terdahulu, BNM menjalankan tiga tender pasaran wang konvensional dan satu tender lelongan pelbagai kematangan Islam Qard (iRMA).

BNM menyemak semula tender semalaman konvensional kepada RM31.7 bilion daripada RM31.3 bilion.

Pada 4.00 petang semalam, BNM melaksanakan tender pasaran wang konvensional bernilai RM31.7 bilion dan tender pasaran wang Murabahah sebanyak RM11.3 bilion, kedua-duanya untuk wang satu hari.

Purata kadar faedah semalaman Islam berada pada 1.73 peratus, manakala kadar satu, dua dan tiga minggu masing-masing pada 1.78 peratus, 1.81 peratus dan 1.85 peratus.- Bernama

Bursa Malaysia dibuka tinggi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, disokong oleh jangkaan bahawa pelabur asing akan beralih daripada saham teknologi kepada