Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Pasaran getah dijangka diniagakan dalam jajaran kecil
  • BISNES

Pasaran getah dijangka diniagakan dalam jajaran kecil

Utusan Sarawak 5 years ago
DENIS Low

KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia dijangka didagangkan dalam jajaran kecil minggu ini dengan kecenderungan meningkat, demikian menurut Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA).

Presiden MARGMA, Denis Low berkata, hujan yang turun sesekali di kawasan pengeluaran getah akan memberi kesan kepada produktiviti getah, sekali gus mendorong peningkatan harga.

“Permintaan yang banyak akan wujud berikutan China membuka semula lebih banyak kemudahan pengeluarannya, namun, bekalan adalah rendah akibat keadaan cuaca yang tidak menentu.

“Kita telah melihat harga getah yang mengukuh untuk beberapa minggu pada masa ini dan ini akan menentukan penanda aras harga komoditi itu agar kekal kukuh pada tahap ini,” katanya kepada Bernama.

Bagi minggu yang baru berakhir, pasaran getah diniagakan kebanyakannya rendah, diheret turun oleh pasaran niaga hadapan getah serantau yang lemah, di samping kebimbangan peningkatan ketegangan Amerika Syarikat dengan China yang menjejaskan sentimen pasaran.

Berasaskan Jumaat ke Jumaat, harga rujukan getah fizikal Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk gred tayar SMR 20 turun 12 sen kepada 537 sen sekilogram, manakala susu getah pukal jatuh satu sen kepada 470 sen sekilogram.

Pada 5.00 petang, harga rujukan getah fizikal LGM bagi SMR 20 turun 8.5 sen kepada 540 sen sekilogram manakala susu getah pukal rendah setengah sen kepada 470 sen sekilogram.-Bernama

Continue Reading

Previous: Penguncupan KDNK 17.1 peratus
Next: Muhyiddin lawat Desaru Coast Destination Resort

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.