Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Pasaran getah dijangka didagangkan dalam jajaran kecil
  • BISNES

Pasaran getah dijangka didagangkan dalam jajaran kecil

Utusan Sarawak 4 years ago
DIJANGKA DIDAGANGKAN DALAM JAJARAN KECIL… Mengambil petunjuk daripada minggu sebelumnya kerana kelihatan wujud minat belian terhadap SMR 20 apabila industri automotif di China meningkat menjelang pengeluaran kenderaan pada akhir tahun.

KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia dijangka didagangkan dalam jajaran kecil pada minggu ini  untuk segmen getah kering minggu ini dan mungkin wujud ketidaktentuan pada lateks pukal.

Mantan Presiden Pertubuhan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA), Dennis Low berkata, mengambil petunjuk daripada minggu sebelumnya kerana kelihatan wujud minat belian terhadap SMR 20 apabila industri automotif di China meningkat menjelang pengeluaran kenderaan pada akhir tahun.

“Sekiranya minat belian ini berterusan, harga fizikal getah SMR 20 mungkin akan naik dengan beberapa mata peratusan tetapi kita bimbing terhadap permintaan lateks pukal kerana permintaan bagi sarung tangan getah sudah berkurangan.

“Ada juga perubahan besar berlaku kepada sarung tangan sintetik kerana harganya telah mencapai paras puncak,” katanya kepada Bernama.

Pada kebiasaannya, jika perbezaan harga tidak terlalu banyak antara sarung tangan getah asli dan sarung tangan getah sintetik, orang ramai akan memilih sarung tangan sintetik (nitril), jelasnya.

Oleh itu, getah pukal akan menjadi sukar untuk mengekalkan tahap harga semasa sekiranya permintaan untuk sarung tangan getah asli terus menurun.

Sementara itu, seorang peniaga lain berpendapat bahawa pasaran akan tetap stabil minggu ini dengan jangkaan pemulihan yang kukuh akan berlaku dalam ekonomi AS, katanya.

Beliau berkata, penggiat pasaran dijangka akan mengikuti perkembangan hasil daripada pertemuan Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya bersama dengan pelbagai data ekonomi global.

“Harga juga diunjurkan dapat menjejaki prestasi ringgit dan pasaran niaga hadapan getah serantau,” katanya.

Untuk minggu baharu berakhir, pasaran ditutup bercampur-campur, mengambil petunjuk daripada pasaran hadapan getah serantau dan harga minyak mentah.

Berdasarkan mingguan, harga rujukan Lembaga Getah Malaysia (MRB) untuk SMR 20 naik 24.5 sen kepada 685 sen sekilogram, sementara lateks pukal menyusut dua sen kepada 548 sen sekilogram. Pada 5.00 petang Jumaat, harga penutup MRB untuk SMR 20 berada pada 679.5 sen sekg, sementara lateks pukal pada 540 sen sekilogram.- Bernama

Continue Reading

Previous: Masa tepat kembalikan inisiatif bantu rakyat, perniagaan
Next: KWSP perkenal i-Citra

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.