Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pasar tani organik MBKS manfaatkan petani, penternak serta masyarakat   
  • TEMPATAN

Pasar tani organik MBKS manfaatkan petani, penternak serta masyarakat   

Utusan Sarawak 5 months ago

KUCHING: Pasar tani yang berasaskan organik di pekarangan bangunan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) memberi manfaat kepada masyarakat di sekitar Kuching dengan pelbagai jualan produk berasaskan organik.

Pasar tani itu diadakan setiap Sabtu pada minggu pertama setiap bulan bagi membantu golongan petani dan penternak serta masyarakat setempat menjual dan membeli pelbagai produk dengan harga yang berpatutan.

Antara produk organik yang dijual termasuklah buah-buahan dan sayur-sayuran organik, pelbagai tanaman bunga, produk kecantikan berasaskan bahan organik dan sebagainya.

Meskipun baru menyertai pasar tani tersebut buat julung kalinya, salah seorang peniaga iaitu Mohd Khushiuddin mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pelanggan yang hadir bagi membeli pelbagai jenis tanaman bunga daripadanya.

BERI SOKONGAN… Dato Wee Hong Seng meluangkan waktu untuk melawat dan membeli kuih yang dijual oleh Ivy Ngo.

Lebih menariknya, penganjuran pasar tani itu juga diserikan dengan kehadiran Datuk Bandar MBKS, Dato Wee Hong Seng yang turut meluangkan waktu melawat setiap gerai dan membeli kuih jualan Pengurus Besar Utusan Sarawak, Ivy Ngo.

Turut tidak melepaskan peluang untuk menjual produk organik ialah dua pasang suami isteri iaitu Lily atan bersama suaminya yang menjual roti sourdough dan biskut buatan tangan dan Gupie Saban serta suaminya yang menjual tuak dan pelbagai produk lain.

Oleh Rynna Sha’erra

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: ’Jolly Christmas Tree’ usaha Emart Tabuan Jaya pupuk ikatan komuniti sempena Krismas
Next: Peruntukan lebih RM5 juta untuk laksana projek pembangunan Parlimen Santubong tahun ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.