Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Pasangan suami isteri cedera dalam kemalangan di Simpang Saratok
  • KEMALANGAN

Pasangan suami isteri cedera dalam kemalangan di Simpang Saratok

Utusan Sarawak 2 months ago
MANGSA dibawa oleh ambulans EMRS Bomba ke Hospital Saratok. Foto Bomba Zon 3 Sarawak

SARATOK: Pasangan suami isteri mengalami kecederaan selapas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta dalam kejadian di jalan Simpang Saratok berhadapan Wadira Food Court, tengah hari tadi.

Penguasa Bomba Zon 3 Sarawak, Muhammad Rais Adham Rosalan berkata Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok telah menerima panggilan kecemasan itu sekitar 12.15 tengah hari.

KEMALANGAN melibatkan sebuah motosikal dengan sebuah kereta di jalan Simpang Saratok berhadapan Wadira Food Court, tengah hari tadi. Foto Bomba Zon 3 Sarawak

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati benar berlakunya kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Estima berwarna kelabu melanggar motosikal jenis Honda Wave berwarna hitam.

“Di dapati dua mangsa yang difahami pembonceng dan penumpang adalah pasangan suami isteri yang telah tercedera, manakala pemandu kereta Estima tidak mengalami sebarang kecederaan” katanya.

Muhammad Rais berkata Komander Operasi membuat penilaian awal berpandukan konsep Penyelamatan-Pendedahan-Pengekangan-Pemadaman-Baik Pulih (RECEO) untuk membuat kerja-kerja penyelamatan.

“Pasukan bomba bertindak mengangkat mangsa wanita itu dengan menggunakan papan pengusung dan dimasukkan ke dalam ambulans EMRS bomba bersama mangsa lelaki.

“Seterusnya mangsa dibawa oleh pasukan EMRS bomba ke Hospital Saratok,” katanya.
Oleh Adi Saparman

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Dua cedera, seorang tersepit dalam kemalangan kendiri
Next: Kereta terbabas dalam parit, warga emas selamat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.