Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Pasangan pengasas FashionValet didakwa hari ini
  • MAHKAMAH

Pasangan pengasas FashionValet didakwa hari ini

Utusan Sarawak 5 months ago
PENGASAS platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof (kanan) dan suaminya Datuk Fadzaruddin Shah Anuar (kiri) tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi menghadapi pertuduhan kes pecah amanah Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam platform e-dagang itu, hari ini. FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Pasangan pengasas platform e-dagang FashionValet Sdn Bhd (FashionValet) yang dikaitkan dengan kes kerugian pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Berdasarkan semakan sistem mahkamah, pasangan terbabit akan dituduh di hadapan Hakim Rosli Ahmad.

Setakat 7.30 pagi pengamal media mula berkumpul di luar mahkamah untuk membuat liputan kes itu.

Pada 28 November lepas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melengkapkan siasatan berhubung pelaburan beberapa entiti kerajaan dalam syarikat pengendali platform e-dagang itu.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Khazanah untuk melakukan audit dalaman bagi menyiasat kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dalam FashionValet.

Anwar yang juga Pengerusi Khazanah berkata arahan tegas tersebut sebagai memaknai pengumuman beliau sebelum ini yang mengarahkan Jabatan Audit Negara melakukan pengauditan terhadap 2,000 syarikat berkaitan kerajaan.

Pada 2018, Khazanah dan PNB telah melabur masing-masing RM27 juta dan RM20 juta untuk pegangan minoriti masing-masing dalam FashionValet. – Bernama

Continue Reading

Previous: Wang tunai lebih RM45 juta dijumpai di pejabat, rumah dan kereta bekas Pengarah JANS Sabah – Hakim
Next: Vivy Yusof, suami didakwa pecah amanah dana pelaburan Khazanah, PNB RM8 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.