Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Pasangan kekasih antara ditahan kes edar dadah
  • JENAYAH

Pasangan kekasih antara ditahan kes edar dadah

Utusan Sarawak 10 months ago
BARANGAN dirampas.

MIRI: Pasangan kekasih antara tiga individu ditahan polis kerana dipercayai terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah di sekitar bandar raya ini.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, ketiga-tiga suspek warga tempatan berusia 21, 37 dan 38 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Miri sekitar 7.00 pagi, semalam.

“Hasil pemeriksaan pasukan polis telah menjumpai dan merampas barang disyaki dadah jenis Syabu, Ekstasi dan Erimin 5 seberat 114.98 gram.

“Nilai rampasan barang disyaki dadah dianggarkan bernilai RM1,690.00,” katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.

Alexson berkata, kes ini disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati atau jika tidak dihukum mati, boleh dipenjara seumur hidup dan dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali.

“Berhubung tangkapan dan rampasan ini juga turut disita adalah sebuah kereta dianggarkan jumlah bernilai RM100,000.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Miri untuk permohonan reman dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Pihak Polis juga ingin menasihati orang awam yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti penyalahgunaan dadah ini untuk segera melaporkannya ke balai polis berhampiran agar aktiviti ini dapat dibendung dan dibanteras bersama.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Seleweng kutipan derma: Suami isteri pempengaruh direman empat hari
Next: Insiden keropok beracun: Adik pula meninggal dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.