KUCHING: Saingan suku akhir badminton Para SUKMA 2024 bagi kategori individu lelaki menerima kehadiran tetamu istimewa apabila isteri kepada Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi hadir ke venue pertandingan di Dewan Persatuan Badminton Sarawak, BDC di sini hari ini.
Kehadiran beliau turut disambut oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad Penolong Chef De Mission (ACDM), Badminton Para SUKMA Sarawak 2024 dan diiringi oleh isteri kepada Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Datin Sri Zuraini Abdul Jabbar serta tetamu kehormat yang lain.
Lebih manis, kehadiran Toh Puan telah memberikan suntikan semangat kepada Ashley Irenae yang berentap dalam suku akhir Individu Lelaki WH2 dalam acara Para Badminton.
Majlis penyampaian pingat untuk semua acara Badminton Para SUKMA 2024 akan berlangsung esok. -EDISI UKAS