Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Para SUKMA: Skuad renang Sarawak tuai 17 emas, melebihi sasaran
  • SUKAN

Para SUKMA: Skuad renang Sarawak tuai 17 emas, melebihi sasaran

Utusan Sarawak 8 months ago

MENANG BERGAYA...skuad renang tuan rumah merakamkan gambar sebagai tanda kenangan selepas berjaya menghadiahkan 17 emas, 13 perak dan 12 gangsa. - Foto NUR AIN OTSMAN

PETRA JAYA: Skuad para renang tuan rumah menutup tirai dengan mencipta kenangan manis di Pusat Akuatik Pandelela Rinong hari ini apabila berjaya menghadiahkan 17 emas, melebihi sasaran sebelumnya iaitu 15 emas.

Lebih manis, emas ke-17 disumbangkan oleh Sheena Ung Xin Ying, Sereen Lulong Jawi, Alvin Wing Jun Ming serta Mohd Osman Zainal menerusi acara 4 X 100m Rampaian Campuran S14.

Jurulatihnya, Imran Nawawi, amat berpuas hati dengan kesemua pencapaian anak buahnya pada kejohanan kali ini.

“Setakat ini, saya puas hati dengan pencapaian mereka. Apa yang kami sasarkan tercapai. Kami pada mulanya hanya mensasarkan 15 emas tetapi kami dapat 17 emas…ini telah melebihi sasaran,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Ditanya mengenai persiapan untuk Para SUKMA di Selangor, Imran memberitahu, beliau dan pasukannya akan meneruskan latihan selama dua tahun ini secara berterusan.

Sementara itu, Timbalan Chef De Mission (CDM) Para SUKMA Sarawak, Datuk Amar Jamilah Anu juga amat berpuas hati dengan pencapaian kesemua atlet yang bertanding.

“Jurulatih sangat komited. Perenang juga kelihatan begitu gigih dan komited, mereka sentiasa berusaha untuk menjadi johan. 

“Saya sungguh terharu dengan semangat mereka,” katanya.

Pasukan renang tuan rumah telah menghadiahkan 17 emas, 13 perak dan 12 gangsa. Ini menjadikan sebanyak 42 pingat berjaya dikumpul di kolam renang Pandelela Rinong.

Oleh NUR AIN OTSMAN

Continue Reading

Previous: Para SUKMA: Skuad Boccia sumbang dua pingat emas
Next: Para SUKMA: Jurulatih tawar ganjaran RM50 raih emas tenpin boling

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.