Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Para SUKMA: Sarawak raih 5 emas, hari pertama acara renang
  • SUKAN

Para SUKMA: Sarawak raih 5 emas, hari pertama acara renang

Utusan Sarawak 8 months ago

MOMENTUM TERBAIK... Para pemenang pingat bergambar bersama selepas selesai acara renang hari pertama.

PETRA JAYA: Kontinjen tuan rumah menutup tirai hari pertama acara renang dengan jayanya selepas mengumpul lima emas, tiga perak dan dua gangsa.

Donny Jeranding menghadiahkan dua emas untuk tuan rumah dalam acara 100 meter (m) gaya bebas lelaki kategori S13 (gangguan penglihatan) dan 100m gaya kuak lentang lelaki.

Seterusnya, Fraidden Dawan menghadiahkan tiga emas dalam acara 100m gaya kuak dada lelaki kategori SB9(kecacatan fizikal ringan), 100m gaya kuak lentang lelaki kategori s10(kecacatan ringan) dan 4x100m gaya bebas lelaki.

Kemenangan Fraidden Dawan dalam acara 4x100m gaya bebas lelaki ini adalah hasil gandingannya bersama Mully Adriano, Rusdianto Rusmadi dan Galang Jabai. 

Tiga pingat perak pula dihadiahkan oleh Julius Jaranding, melalui acara 100m gaya bebas lelaki S12, Mully Andriano melalui acara gaya kuak dada lelaki SB8 dan gandingan Muhammad Zia Shamsul Anuar, Sereen Lulong Jawi, Sheena Ung Xin Ying dan Muhd Adib Iqbal Abdullah dalam acara 4x100m gaya bebas campuran S14. 

Stanley Jaranding dan Raymalos Andrew pula menghadiahkan dua gangsa masing-masing dalam acara 100m gaya bebas lelali S12 dan 100m gaya kuak dada lelaki SB9. 

Oleh SHAHRUL QAIZAT

Continue Reading

Previous: Para SUKMA: Berdepan pelbagai cabaran, Andy Lau masih mampu pecah rekod
Next: Para SUKMA: Mary Bada raih emas pertama penampilan sulungnya, turut pecah rekod

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.