Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Para SUKMA: Emas diperoleh Ashley Irenaeus Jack untuk mendiang Chung Hong Tsin
  • SUKAN

Para SUKMA: Emas diperoleh Ashley Irenaeus Jack untuk mendiang Chung Hong Tsin

Utusan Sarawak 8 months ago
KENANGAN… Gambar Ashley Irenaeus Jack bersama mendiang Chung Hong Tsin.

KUCHING: Emas milik Ashley Irenaeus Jack didedikasikan kepada bekas regunya, mendiang Chung Hong Tsin , 48, yang meninggal dunia pada 20 Ogos lalu di Kuala Lumpur.

Katanya, ketika melawat keluarga mendiang, beliau sudah menjanjikan akan berjuang berhabis-habisan untuk mendapat kemenangan pada Para SUKAN kali ini dan mendedikasikannya untuk mendiang bersama keluarganya.

“Mendiang ada berpesan kepada saya untuk mengendahkan segala kritikan dan terus fokus dalam latihan bagi meraih kemenangan.

“Hari ini, motivasi terbesar saya adalah mendiang, saya mahu membawa pulang emas ini untuknya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas upacara penyampaian pingat acara badminton di Dewan Persatuan Badminton Sarawak di sini, hari ini.

Menurutnya, mendiang merupakan bekas pasangan regunya di peringkat kebangsaan dan kali pertama mereka digandingkan adalah pada Kejohanan Terbuka Antarabangsa Thailand pada 2019 sehingga 2022.

Emas sah milik Ashley selepas berjaya menundukkan lawan dari daripada Selangor, Rahim Mohd Yusof.

Emas milik Ashley kali ini merupakan emas kedua peribadinya dalam Para SUKMA.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Para SUKMA: Fraidden raih emas terbanyak, diikuti Galang Jabai
Next: Para SUKMA: Pertahan emas rejam lembing, Marshal mahu beri hadiah wang tunai kepada ibu bapa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.