Para SUKMA: Akhirnya Jennyla raih emas setelah penampilan kali ke-7 

Facebook
WhatsApp
Jennyla Kueh

PETRA JAYA: Penyertaan kali ketujuh Jennyla Kueh di pentas Para Sukan Malaysia (SUKMA) membuahkan hasil apabila dia berjaya meraih pingat emas pertamanya dalam sukan itu kali ini di bumi sendiri.

Ia memadam kesedihan enam kali penyertaannya di sukan berprestij itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Sarawak dalam acara rejam lembing.

Penguasaan Sarawak dalam acara padang pada Para SUKMA XXI sukar ditandingi apabila menambah koleksi emas dalam acara rejam lembing kategori lelaki dan wanita.

Jennyla, ketika ditemui selepas acara, meluahkan kegembiraannya kerana akhirnya berjaya meraih pingat emas pertama setelah tujuh tahun menyertai Para SUKMA.

“Ini adalah kali ketujuh saya menyertai Para SUKMA, tetapi selepas lima tahun berehat kerana acara tidak dipertandingkan, ini merupakan emas pertama saya,” kata Jennyla.

Bagi kategori lelaki, Richard Ganie James Sigan muncul juara selepas mencatat rejaman sejauh 32.50 meter, sekali gus memecahkan rekod kejohanan yang dipegang Shamli Waidi dari Sabah dengan jarak 35.51 meter pada 2014.

Shamli Waidi sendiri muncul sebagai naib juara dengan catatan jarak 28.40 meter, manakala Mohammad Nizam Niam Abdullah dari Johor menduduki tempat ketiga dengan lontaran sejauh 20.80 meter.

Dalam kategori wanita F55/F56/F57, atlet Sarawak, Jennyla Kueh berjaya meraih emas dengan rejaman sejauh 11.81 meter.

Feelzah Abdullah dari Perlis pula menduduki tempat kedua dengan jarak 10.96 meter, manakala tempat ketiga disandang oleh Siti Nurmala Brahim dengan jarak 8.52 meter.

Oleh NUR AIN OTSMAN

Manchester United benam Sabah 4-0

MANCHESTER, United Kingdom: Manchester United meraih kemenangan 4-0 ketika kembali beraksi dalam Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tempoh tiga

Tiga kawasan catat IPU sangat tidak sihat

KUCHING: Keadaan kualiti udara di Sarawak terus merosot apabila tiga stesen pemantauan merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap sangat