Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Panggilan kebakaran palsu, bomba buat laporan polis
  • WILAYAH

Panggilan kebakaran palsu, bomba buat laporan polis

Utusan Sarawak 8 months ago

BINTANGOR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Bintangor membuat laporan polis semalam selepas menerima panggilan palsu berkenaan kes kebakaran rumah yang dikatakan berlaku di Julau malam kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Nicholas Belulin (gambar) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan palsu sekitar jam 12.15 tengah malam. 

“Respons dengan panggilan kecemasan tersebut, sepasukan bomba diketuai oleh komander operasi PBK II (KUP) Ahmad Jais Ahad bergegas ke lokasi. 

“Setibanya di lokasi pada jam 1.08 pagi, didapati tiada sebarang kesan kebakaran di sekitar kawasan yang dilaporkan oleh pengadu. 

“Komander operasi menghubungi pengadu sebanyak tiga kali, namun tidak diangkat dan pengadu tidak memberi kerjasama,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, komander operasi seterusnya menghubungi Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak untuk kebenaran bertolak balik ke BBP Bintangor. 

“Pihak kami sedang membuat laporan polis berkenaan panggilan palsu tersebut,” katanya. 

Continue Reading

Previous: Pekerja huru-hara biawak ‘agresif’ ceroboh premis
Next: Warga emas terjatuh dalam tasik berjaya diselamatkan isteri, orang awam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.