Pang Ron-Pei Jing mara ke separuh akhir Masters China  

Facebook
WhatsApp
BEREGU campuran negara Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing mara ke separuh akhir Masters China selepas menewaskan gandingan Taiwan, Liu Kuang Heng-Hsu Yin Hui, 24-22, 21-5 di Arena Shenzhen, hari ini.

KUALA LUMPUR: Beregu campuran profesional negara, Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing meneruskan rentak cemerlang di Masters China  apabila berjaya meloloskan diri ke separuh akhir selepas menumpaskan gandingan Taiwan, Liu Kuang Heng-Hsu Yin Hui hari ini.

Pada aksi yang berlangsung di Arena Shenzhen, gandingan no 85 dunia itu tidak berdepan masalah menundukkan lawannya dengan kemenangan straight set 24-22, 21-5 dalam tempoh 35 minit.

Menanti Pang Ron-Pei Jing esok adalah pemenang satu lagi aksi suku akhir melibatkan wakil China, Zhu Yi Jun-Li Qian yang akan turun menentang seorang lagi gandingan Taiwan, Wu Guan Xun-Lee Chia Hsin.

Untuk rekod ini merupakan kali pertama Pang Ron-Pei Jing berjaya mara ke separuh akhir untuk kejohanan bertaraf Super 750.- Bernama