Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Panel dinding stesen LRT runtuh
  • NASIONAL

Panel dinding stesen LRT runtuh

Utusan Sarawak 2 months ago
PLAZA Stesen LRT Masjid Jamek

KUALA LUMPUR: Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) mengesahkan terdapat sebuah panel dinding di Stesen Masjid Jamek runtuh ketika hujan ribut melanda pada 4.04 petang tadi.

Rapid Rail dalam kenyataan memaklumkan insiden terbabit bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan kerosakan besar pada struktur binaan stesen.

Selain itu, perkhidmatan tren dan operasi stesen berjalan seperti biasa dan semua penumpang boleh meneruskan perjalanan ke destinasi yang ditujui.

“Kerja-kerja pembersihan dan baik pulih sedang giat dijalankan oleh pasukan fasiliti Rapid Rail,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menjelaskan satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan bagi menyiasat punca kejadian secara terperinci untuk memastikan struktur binaan Stesen Masjid Jamek selamat.

Anggota Polis Bantuan tambahan juga telah ditempatkan di stesen bagi melancarkan pergerakan penumpang.

Rapid Rail memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi penumpang ketika ini, dan memaklumkan sebarang perkembangan terkini akan dikemas kini menerusi laman media sosial Rapid KL. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Anwar santuni pengamal media pada majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri
Next: Tindakan tegas terhadap individu cuba cetus perpecahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.