Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pandemik Covid-19 boleh binasakan negara
  • TEMPATAN

Pandemik Covid-19 boleh binasakan negara

Utusan Sarawak 4 years ago
TAN Sri Datuk Amar James Jemut Masing

KUCHING: Tan Sri Datuk Amar James Masing bersetuju dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa pandemik Covid-19 boleh membinasakan negara ini.

Beliau berkata, pandemik ini telah menyebabkan sebanyak 6,503 kematian setakat 14 Julai dan ramai warga Malaysia yang telah mengalami kesusahan menjalani kehidupan harian.

“Ini bagaikan satu peperangan. Kita harus menggembleng tenaga, sumber dan bersatu untuk menangi pandemik ini,” jelas Timbalan Ketua Menteri.

Tun Mahathir berkata, negara ini memerlukan satu jawatankuasa bebas yang diberi kuasa penuh untuk menangani pandemik ini di samping peruntukan oleh kerajaan bagi mencapai objektifnya.

Masing berkata, Sarawak mempunyai Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (JPBS) yang melapor kepada Ketua Menteri sejak dari awal lagi tanpa sebarang campur tangan dari mana-mana pihak.

“Walaupun JPBS mengalami sedikit masalah pada awalnya namun kini ia telah berfungsi dengan amat cekap di dalam menangani pandemik ini,” kata Masing.

Oleh CONNIE CHIENG

Continue Reading

Previous: 34 terima surat tawaran Rumah Spektra Permata
Next: PEMIMPIN MASYARAKAT DIGESA AGRESIF

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.