Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Panama Gilberto Hernandez maut ditembak
  • GLOBAL

Panama Gilberto Hernandez maut ditembak

Utusan Sarawak 2 years ago
Pemain pertahanan Panama Gilberto Hernandez.

MEXICO CITY: Pemain pertahanan Panama Gilberto Hernandez maut dalam satu kejadian tembakan di negara asalnya, kata polis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pemain berusia 26 tahun yang bermain untuk kelab divisyen satu Club Atletico Independiente de La Chorrera dan pasukan kebangsaan Panama, meninggal dunia dalam serangan bersenjata ke atas sekumpulan individu di bandar pelabuhan Colon, semalam, menurut polis.

Seorang suspek kejadian telah ditahan, kata pihak berkuasa hari ini.

Menurut maklumat, serangan itu mungkin berpunca daripada perselisihan antara kumpulan penjenayah yang bertelagah. Tujuh orang lagi cedera.

Hernandez membuat penampilan sulungnya untuk pasukan kebangsaan dalam perlawanan menentang Guatemala pada Mac.

Beberapa hari kemudian, beliau menjadi sebahagian daripada pasukan Panama yang mengalahkan Argentina dalam perlawanan persahabatan pertama mereka selepas memenangi Piala Dunia di Qatar, di mana pemain bintang Lionel Messi menjaringkan gol kompetitifnya yang ke-800.

Persekutuan bola sepak dan liga Panama menyatakan kekesalan di atas kematian Hernandez.

“Pada masa yang sukar ini, kami mengucapkan takziah dan sokongan yang tulus kepada keluarga dan rakan-rakan,” kata liga itu dalam hantaran di platform media sosial X, sebelum ini dikenali sebagai Twitter. – Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Konflik di Sudan: 4.8 juta orang hilang tempat tinggal
Next: Pegawai Australia nafi penularan LSD ketika sekatan import lembu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.