Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pakaian raya baharu untuk 50 kanak-kanak asnaf
  • TEMPATAN

Pakaian raya baharu untuk 50 kanak-kanak asnaf

Utusan Sarawak 2 months ago
BANTU ASNAF… Dato Sri Nancy Shukri merakam kenangan bersama Kanak-kanak asnaf yang menerima sumbangan pakaian raya sempena Program Sinar Syawal YKN 2025 di Lundu, hari ini. Foto UKAS

LUNDU: Seramai 50 kanak-kanak asnaf dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu menerima sumbangan sepersalinan pakaian raya menerusi Program Sinar Syawal Yayasan Kebajikan Negara (YKN) 2025, hari ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Nancy Shukri menyampaikan sumbangan tersebut sebagai usaha membantu golongan kurang berkemampuan menyambut Aidilfitri dengan lebih bermakna.

Menurut Nancy, program yang dianjurkan buat tahun ketiga berturut-turut itu juga secara tidak langsung mencerminkan komitmen YKN dan Alliance Islamic Bank dalam membantu mereka yang memerlukan.

Majlis turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif YKN Nordina Haron, Naib Presiden Islamic Deposits & Liputan Pasaran Alliance Islamic Bank Norfila Abdul Aziz, Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Mohammed Kamaluddin Mohd Effendie, Penolong Pegawai Daerah Lundu Anwar Fakhriyuddin Matamit serta Pemanca Jumahdi Sabian.

Selain itu, program tersebut juga merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu golongan memerlukan, khususnya menjelang musim perayaan ini. – UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Semarak nilai murni melalui Program Ihya’ Ramadan
Next: Gambeh Sungkei Ibraco agih 1,000 bubur lambuk, 500 nanas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.