Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pagar konkrit rumah runtuh di Lorong Seladah 3, Kong akan hubungi pemaju
  • Selatan
  • WILAYAH

Pagar konkrit rumah runtuh di Lorong Seladah 3, Kong akan hubungi pemaju

Utusan Sarawak 3 hours ago
MICHAEL Kong Feng Nian meninjau lokasi kejadian selepas pagar konkrit sebuah rumah di Lorong Seladah 3 runtuh dan berjanji membantu pemilik mendapatkan penyelesaian bersama pemaju.

KUCHING: Pembantu Khas kepada Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen, Michael Kong Feng Nian, melawat sebuah rumah di Lorong Seladah 3 selepas pagar konkrit di bahagian belakang kediaman itu runtuh akibat hujan lebat pada Ahad lepas.

Kong berkata, pemilik rumah yang hanya dikenali sebagai Mdm Teo memaklumkan pagar yang runtuh itu terletak bersebelahan sebuah projek perumahan baharu di Lorong Seladah 5.

Menurutnya, sebuah rumah yang baru dibina di kawasan itu mempunyai pagar konkrit yang didirikan selari dengan pagar sedia ada milik Teo, dengan hanya dipisahkan oleh ruang yang sempit.

Beliau berkata, bagi mengenal pasti punca kejadian, Teo telah mendapatkan khidmat seorang jurutera untuk menjalankan pemeriksaan di lokasi berkenaan.

“Berdasarkan penemuan awal, didapati tiada sistem perparitan yang sempurna di sepanjang ruang sempit antara kedua-dua pagar bagi mengalirkan air hujan.

“Keadaan itu menyebabkan air hujan bertakung di kawasan tersebut sehingga menghasilkan tekanan yang dipercayai menjadi antara faktor pagar konkrit sedia ada runtuh,” katanya.

Kong berkata, kejadian itu bagaimanapun tidak mengakibatkan sebarang kecederaan.

“Syukur tiada sesiapa yang cedera. Namun, kejadian ini telah menyebabkan kerosakan besar dan sudah tentu menimbulkan kebimbangan kepada pemilik rumah, lebih-lebih lagi dengan jangkaan cuaca hujan yang berterusan,” katanya.

Beliau berkata, Teo telah mendapatkan bantuannya berhubung kejadian itu dan beliau telah mengenal pasti pemaju yang terlibat dalam projek perumahan berkenaan.

“Saya akan menghubungi pemaju untuk membincangkan perkara ini dan berharap satu penyelesaian yang baik serta praktikal dapat dicapai demi kepentingan semua pihak,” katanya.

Dalam pada itu, Kong berharap insiden berkenaan menjadi peringatan kepada semua pemaju mengenai kepentingan menyediakan sistem perparitan yang sempurna dalam setiap projek pembangunan.

“Reka bentuk sistem perparitan yang baik amat penting bagi melindungi hartanah berhampiran serta mengelakkan kerosakan yang boleh dielakkan ketika hujan lebat,” katanya.

Beliau berkata, akan terus memantau perkembangan kes itu dan membantu pemilik rumah sehingga satu penyelesaian yang memuaskan dapat dicapai.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Ngiling Tikai terus perkukuh perpaduan dan warisan masyarakat Iban
Next: Rondaan berkala perkukuh usaha cegah kebakaran di kawasan titik panas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.