Pacuan empat roda terbakar

Facebook
WhatsApp

SIMANGGANG: Sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dilaporkan terbakar dalam kejadian di Taman Desah Indah, dekat sini hari ini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman telah menerima panggilan sekitar 1.10 petang berhubung kejadian tersebut.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi kejadian, didapati kebakaran melibatkan kenderaan jenis Toyota Hilux.

“PKO bertindak membuat melakukan penilaian awal dan membentang satu aliran salur bantu mula untuk memadam kebakaran tersebut. 

“Kebakaran hanya melibatkan kenderaan tanpa melibatkan struktur bangunan. Peratusan kenderaan yang terbakar adalah 90 peratus,” katanya.

PGO berkata pemilik kenderaan tersebut bagaimanapun tidak berada di tempat kejadian semasa kereta itu terbakar.

“Usaha mengawal dan memadam kebakaran tersebut telah berjaya dilakukan dalam tempoh tujuh minit.

“Namun demikian, tiada sebarang insiden yang tidak diiingini dilaporkan berlaku akibat kejadian tersebut, dan punca kejadian dan kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Oleh Adi Safarman

Kuarters sekolah lama musnah 100 peratus dalam kebakaran

BEKENU: Sebuah kuarters Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Luar Bandar Miri jenis tidak kekal satu tingkat yang sudah lama dan tidak berpenghuni musnah 100 peratus dalam kebakaran di sini hari ini. Bangunan berukuran kira-kira 30 x 20 kaki persegi itu terbakar sepenuhnya ketika pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah tiba di lokasi. Menurut kenyataan BBP Batu Niah, panggilan kejadian itu telah diterima pada 9.31 pagi dan sepasukan anggota bergegas ke lokasi sejauh 63 kilometer.  “Tiba di lokasi pada 10.30 pagi dan beberapa pekerja yang berada di lokasi turut berusaha memadam kebakaran menggunakan sumber air daripada paip berhampiran sementara menunggu ketibaan pasukan bomba. “Hasil pemeriksaan awal mendapati kuarters berkenaan merupakan bangunan lama dan usang serta tidak mempunyai sambungan bekalan elektrik selain tidak berpenghuni. “Pasukan Keluaran Operasi (PKO) BBP Batu Niah menjalankan penilaian awal sebelum melaksanakan operasi pemadaman menggunakan satu aliran sepanjang 300 kaki dengan dua pancutan air daripada pili bomba berhampiran,” kata kenyataan itu.  Katanya, pasukan bomba berjaya mengawal dan memadam kebakaran sepenuhnya sebelum operasi diteruskan dengan kerja-kerja pemeriksaan bagi memastikan tiada lagi bahagian yang berpotensi menyebabkan kebakaran semula. “Pasukan turut memasang sawar keselamatan di lokasi kejadian sebelum operasi ditamatkan dan keadaan disahkan selamat,” katanya lagi.  Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. Turut berada di lokasi ialah dua anggota dari Balai Polis Bekenu bagi membantu kawalan dan keselamatan di tempat kejadian.