Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Pacuan empat roda terbabas, lelaki cedera bahu di Jalan Kuching-Serian
  • KEMALANGAN

Pacuan empat roda terbabas, lelaki cedera bahu di Jalan Kuching-Serian

Utusan Sarawak 13 hours ago
ANGGOTA BBP Siburan bersama Unit EMRS memberi rawatan awal kepada mangsa dalam kejadian kemalangan kendiri melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang terbabas ke dalam parit di hadapan OUM Universiti, Batu 9, Jalan Kuching-Serian. Foto JBPM

KUCHING: Seorang lelaki dewasa mengalami kecederaan di bahagian bahu kanan selepas kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang dipandunya terbabas sebelum terhumban ke dalam parit dalam kejadian kemalangan kendiri di hadapan Open University Malaysia (OUM) Universiti, Batu 9, Jalan Kuching-Serian, petang ini.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, panggilan kecemasan berhubung insiden itu diterima pada 4.38 petang.

“Pasukan tiba di lokasi pada 5.02 petang dan mendapati kemalangan kendiri melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang terbabas ke bahu jalan sebelum terhumban ke dalam parit.

“Terdapat seorang mangsa lelaki dewasa mengalami kecederaan di bahu kanan namun tidak tersepit dan berjaya keluar sendiri dari kenderaan,” kata Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Shaiful Ismail Othman dalam sebuah kenyataan hari ini.

Mangsa kemudian diberikan rawatan awal oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan Perubatan (EMRS) di lokasi kejadian.

“Mangsa tidak memerlukan operasi penyelamatan kerana tidak tersepit. Pasukan hanya memberikan rawatan awal serta menstabilkan keadaan sebelum mangsa memaklumkan akan mendapatkan bantuan ambulans sendiri,” katanya.

Oleh Adele Rissa

Continue Reading

Previous: Lelaki cedera, motosikal terbabas di Lebuh Raya Pan Borneo
Next: Lelaki maut MPV terbabas di Bukit Sabal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.