Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ourshop, FAMA bantu petani tempatan
  • BISNES

Ourshop, FAMA bantu petani tempatan

Utusan Sarawak 5 years ago
OURSHOP AirAsia

KUALA LUMPUR: Cabang logistik AirAsia Bhd, Teleport, telah bekerjasama dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk membantu petani tempatan menjual produk segar dan sejuk beku terus dari sumber.

Kerjasama ini dilaksanakan menerusi platform e-dagang Teleport, Ourshop.
AirAsia berkata Ourshop telah melancarkan kategori baharu yang dinamakan Ourfresh yang menawarkan produk segar dan sejuk beku terus dari sumber dengan penghantaran “dijamin sampai esok” untuk pelanggan di Lembah Klang.

Ia berkata Ourshop telah mendaftar sebagai pedagang Agrobazaar Malaysia, di bawah FAMA, dalam usaha menyediakan bantuan dalam platform e-dagang untuk membantu petani dan peniaga dari segi pemasaran.

“Ourshop akan memaparkan lebih 200 produk petani dari pelbagai kategori termasuk buah-buahan, sayur-sayuran, ayam, daging dan ikan,” katanya dalam satu kenyataan.

Ketua pemasaran Ourshop, Grace Chin berkata syarikat menyaksikan produk segar dan sejuk beku semakin berkembang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan telah mengambil keputusan untuk memperkenalkan kategori Ourfresh di bawah platform e-dagang.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) FAMA, Datuk Abdul Ghariff Ramin berkata kerjasama ini akan memberikan manfaat platform e-dagang yang boleh membantu dan meluaskan perniagaan pertanian lebih jauh serta memberi nilai berpatutan kepada pelanggan.- Bernama

Continue Reading

Previous: Lee Yow Chor dilantik pengerusi MPOA
Next: Eksport khinzir berpotensi ditingkatkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.