Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Orang ramai digesa sokong jualan pelekat Hari Tongkat Putih
  • Tengah
  • WILAYAH

Orang ramai digesa sokong jualan pelekat Hari Tongkat Putih

Utusan Sarawak 7 months ago
SUMBANGAN… Datuk Ding Lian Cheon menyampaikan sumbangan kepada tabung jualan pelekat sempena Hari Tongkat Putih. Turut disaksikan oleh Hung Sing Kai, Datin Judy Lau Kung Ee, Lang Jai Lee dan yang lain.

SIBU: Orang ramai digesa supaya memberikan sokongan kepada aktiviti jualan pelekat sempena sambutan Hari Tongkat Putih bermula 10 Oktober hingga 10 November depan.

Menurut pengerusi pengelola Hari Tongkat Putih Bahagian Sibu, Hung Sing Kai, penganjuran program tersebut memberi pendedahan kepada orang ramai supaya bersikap prihatin apabila mendekati golongan Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan menggunakan tongkat putih.

“Setiap kali sambutan Hari Tongkat Putih kami menjalankan jualan aktiviti pelekat kepada orang ramai bagi mengumpul dana dan ia salah satu aktiviti Pertubuhan Orang Buta Sarawak (POBS) Sibu,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran jualan pelekat tersebut, hari ini.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh penasihat kehormat POBS Bahagian Sibu Datuk Ding Lian Cheon, merupakan pembeli pelekat pertama.

Hung berkata, jualan pelekat Hari Tongkat Putih Sedunia sebelum ini sangat menggalakkan.

“Kami sangat menghargai setiap sumbangan yang diberikan oleh orang ramai terutamanya masyarakat Sibu,” ujarnya.

Beliau memberitahu, Hari Tongkat Putih dimulakan di Amerika Syarikat pada 1930 dan disambut pada 15 Oktober setiap tahun untuk memberi kesedaran kepada orang awam supaya bersikap prihatin kepada golongan buta atau cacat penglihatan.

Turut hadir, Pengerusi POBS Bahagian Sibu, Clarence Ting, timbalan pengerusi POBS, Datin Judy Lau Kung Ee dan bendahari POBS Sibu Lang Jai Lee.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tanah jerlus berlaku di SK Satria Jaya
Next: Ibu bapa berperanan penting tentukan kehidupan anak-anak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.