Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Operasi SAR warganegara India lemas diteruskan
  • TEMPATAN

Operasi SAR warganegara India lemas diteruskan

Utusan Sarawak 5 years ago
OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) memasuki hari ketiga semalam giat dijalankan bagi mencari mangsa yang dikhuatiri lemas di Sungai Sebedil, Batang Igan, Sibu petang semalam.

SIBU: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki warganegara India yang dikhuatiri lemas memasuki hari ketiga semalam sejak dilaporkan terjatuh dari kapal di Sungai Sebedil, Batang Igan di sini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba (PGO) Negeri Sarawak dalam kenyataannya semalam, pasukan SAR menyambung kerja-kerja pencarian seawal jam 8.00 pagi.

“Kaedah ‘water surface searching’ digunakan di lokasi mangsa dikhuatiri terjatuh sehingga ke radius 5 kilometer dari hulu dan hilir sungai.

“Operasi pencarian melibatkan kekuatan sepasukan anggota bomba dari  Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah yang diketuai PBK ll KUP Joseph Balun.

“Bagaimanapun, pencarian masih belum menemui sebarang petunjuk,” katanya.

Sementara itu, dalam kejadian sekitar jam 12.00 tengah hari Jumaat lalu, mangsa lelaki warganegara India dikenali sebagai Kumar Saurabh, 21, dikatakan terjatuh ke dalam sungai.

Kejadian tersebut disedari rakan mangsa yang cuba menyelamatkannya namun gagal.

Continue Reading

Previous: Pembangunan teliti kekalkan keunikan kampung
Next: Lagi nelayan asing ditangkap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.