Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Operasi SAR hari ketiga, Chong Yik Teck masih gagal ditemukan
  • KEMALANGAN

Operasi SAR hari ketiga, Chong Yik Teck masih gagal ditemukan

Utusan Sarawak 1 month ago
OPERASI SAR hari ketiga dijalankan bermula 8.00 pagi tadi. Foto PGO JBPM Sarawak

BINTANGOR: Hari ketiga operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki warga emas, 75, dikenal pasti sebagai Chong Yik Teck dikhuatiri lemas bermula 8.00 pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, berkata operasi SAR menggunakan bot penduduk kampung dalam radius lima kilometer (km) ke hilir sungai akan dilakukan bermula dari lokasi bot mangsa dijumpai.

“Status terkini, pencarian masih diteruskan dan mangsa masih belum dijumpai.

“Seramai lima anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor diketuai oleh komander operasi, Gara Ensonin bertugas menjalankan operasi SAR,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, pada 29 Mac lalu, kejadian berlaku sekitar 12.00 tengah hari, di mana mangsa telah keluar menggunakan perahu untuk memeriksa pukat di sungai Kanowit, Julau.

Perahu yang dinaiki mangsa telah dijumpai dalam keadaan terikat namun mangsa tiada di lokasi kejadian.

Setakat berita ditulis, mangsa masih belum ditemui.

Oleh Earl Anek

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Kemaskini: Terlibat kemalangan maut di Bulatan Kanowit/Durin, Pengarah Mahkamah Negeri Sabah asal Kanowit
Next: Kemaskini: Warga emas ditemukan lemas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.