Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Operasi Pusat Hiburan: BDA keluarkan tiga kompaun
  • Utara
  • WILAYAH

Operasi Pusat Hiburan: BDA keluarkan tiga kompaun

Utusan Sarawak 3 weeks ago
PEMERIKSAAN premis hiburan oleh pasukan penguat kuasa BDA di kawasan Parkcity dan Sri Dagang, Bintulu, baru-baru ini.

BINTULU: Tiga kompaun dikeluarkan oleh Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) semasa Operasi Pusat Hiburan yang dijalankan di sekitar kawasan Parkcity dan Sri Dagang baru-baru ini.

Menurut kenyataan BDA, kompaun tersebut dikeluarkan di bawah Ordinance Hiburan 2001 melibatkan dua kesalahan beroperasi melebihi masa yang dibenarkan dan satu kesalahan beroperasi tanpa lesen sah.

Operasi berkala itu diketuai oleh pegawai kesihatan persekitaran bersama pasukan penguat kuasa yang terdiri daripada sembilan penolong pegawai kesihatan persekitaran, tiga pembantu kesihatan awam dan lima anggota penguat kuasa.

“BDA akan terus mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha pusat hiburan yang gagal mematuhi peraturan dan syarat lesen,” katanya.

BDA turut menyeru semua pengusaha untuk menjalankan operasi secara bertanggungjawab bagi menjaga keselamatan awam dan ketenteraman komuniti Bintulu.

“Pengusaha pusat hiburan diingatkan untuk sentiasa mematuhi peraturan serta syarat lesen yang telah ditetapkan. 

“Marilah kita bersama-sama memelihara ketenteraman dan keharmonian Bintulu sebagai sebuah bandar yang maju dan sejahtera,” ujarnya.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Naik taraf ICQS Sungai Tujoh Miri bakal siap hujung 2025
Next: Sambutan Jubli Emas RH, 12 Mei depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.