Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Operasi Kuda Laut JBPM Zon 6 mulai hari ini sasar 70 premis
  • WILAYAH

Operasi Kuda Laut JBPM Zon 6 mulai hari ini sasar 70 premis

Utusan Sarawak 11 months ago
PERIKSA… Ketua Operasi, Penguasa Bomba Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal bersama anggota ketika memeriksa sistem Pepasangan Keselamatan Kebakaran (Control Panel) berfungsi dengan baik di premis yang ditetapkan.

MIRI: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyasarkan 70 premis dalam Operasi Kuda Laut JBPM Zon 6 Sarawak bermula hari ini.

Menurut JBPM, tujuan operasi ialah untuk memastikan sistem Pepasangan Keselamatan Kebakaran (Control Panel) berfungsi dengan baik di premis yang ditetapkan.

Katanya, operasi mengejut ke premis-premis yang telah ditetapkan itu adalah di sekitar Bandaraya Miri dan luar Bandar Raya Miri.

“Operasi dipecah kepada lima pasukan dan digerakkan ke premis yang telah disasarkan sepanjang tiga hari operasi.

“Sasaran 70 premis yang telah ditetapkan ialah melibatkan pejabat, kedai, pasaraya, tempat berkumpul dan kawasan perumahan sekitar Miri,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengikut rekod 2023, jelasnya, sebanyak 33 premis telah melakukan kesalahan yang mengganggu sistem Pepasangan Keselamatan Kebakaran sama ada disembunyikan atau dinyahaktifkan.

Operasi Kuda Laut JBPM Zon 6 Sarawak, ujarnya, melibatkan Penguasa Bomba Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal selaku Ketua Operasi, Pegawai Kanan, Penolong Kanan Penguasa Bomba Terry Robson, Penolong Penguasa Bomba Jessbent Jenus, lima ketua balai dan 15 penyelia pasukan dari BBP Lopeng, Miri Sentral, Marudi, Batu Niah dan Lutong.

Continue Reading

Previous: Kira-kira 200 delegasi Singapura bakal sertai forum perniagaan 19 – 23 September di Miri
Next: Cadangan bina R&R buka peluang untuk penjaja kecil raih pendapatan  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.