Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Olimpik Paris: Roje Stona pecah rekod, menang emas pertama Jamaica
  • SUKAN

Olimpik Paris: Roje Stona pecah rekod, menang emas pertama Jamaica

Utusan Sarawak 10 months ago
ROJE Stona memenangi perlawanan akhir dengan lontaran sejauh 70.00 meter, mencipta rekod Olimpik baharu dan mengatasi rekod lama 69.89 meter yang dicatat oleh Virgilijus Alekna dari Lithuania di Sukan Athens 2004.

PARIS: Roje Stona mengatasi pencabar-pencabar utamanya untuk meraih pingat emas pertama Jamaica dalam acara lontar cakera lelaki di Sukan Olimpik Paris, semalam, lapor Agensi Berita Xinhua.

Stona memenangi perlawanan akhir dengan lontaran sejauh 70.00 meter, mencipta rekod Olimpik baharu dan mengatasi rekod lama 69.89 meter yang dicatat oleh Virgilijus Alekna dari Lithuania di Sukan Athens 2004.

Beliau mendahului pemegang rekod dunia dari Lithuania, Mykolas Alekna yang meraih perak dengan perbezaan tiga sentimeter. Matthew Denny dari Australia memenangi gangsa dengan lontaran terbaik sejauh 69.31 meter.

“Saya sangat teruja. Saya mendahului. Saya mahu bertenang, menyusun semula strategi dan mencuba lagi.

“Tiga lontaran pertama saya tidak begitu baik, saya tidak mendapat pelepasan yang baik.

“Apabila saya memusingkannya ke sisi, ia mencecah tanah 70m, ia adalah lontaran yang hebat. Saya gembira dapat mencipta sejarah,” kata Stona, mengakui beliau berusaha mengawal emosinya setelah mendahului.

Keputusan ini merupakan pencapaian luar biasa bagi Stona, yang menduduki tempat ke-19 di kejohanan dunia tahun lepas dengan lontaran terbaik 62.67 meter. – Bernama – Xinhua

Continue Reading

Previous: Rafael Nadal sah tarik diri dari Terbuka AS
Next: Olimpik Paris: Panipak Wongpattanakit pertahan emas taekwondo 49kg wanita

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.