Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Olimpik Paris 2024: Pengadil Australia  digantung selepas foto bersama atlet tular
  • SUKAN

Olimpik Paris 2024: Pengadil Australia  digantung selepas foto bersama atlet tular

Utusan Sarawak 10 months ago
PERSATUAN Luncur Air Antarabangsa (ISA) semalam memaklumkan pihaknya menggantung Lowe daripada panel pengadilan bagi baki acara itu untuk “melindungi integriti dan keadilan pertandingan yang sedang berlangsung.

PARIS: Pengadil Australia Benjamin Lowe disingkir daripada pertandingan luncur air Sukan Olimpik Paris selepas gambar beliau bersama peluncur negara itu Ethan Ewing, tular dalam media sosial.

Persatuan Luncur Air Antarabangsa (ISA) dalam satu kenyataan semalam memaklumkan pihaknya menggantung Lowe daripada panel pengadilan bagi baki acara itu untuk “melindungi integriti dan keadilan pertandingan yang sedang berlangsung”, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Menurut laporan media, jurulatih Australia Bede Durbidge yang turut berada dalam foto berkenaan, memuat naik gambar itu dalam akaun Instagram miliknya.

Lowe dikritik hebat oleh persekutuan luncur air Brazil selepas Sukan Tokyo 2020 kerana memberi markah rendah kepada Gabriel Medina dalam pusingan separuh akhir menentang peluncur Jepun, Kanoa Igarashi. – Bernama – dpa

Continue Reading

Previous: Olimpik Paris 2024: Gimnas AS Simone Biles raih emas all-around
Next: Ahli gusti India Vinesh Phogat dibatalkan daripada bertanding di final Olimpik Paris

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.