Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Olimpian wanita pertama negara, Annie Choong meninggal dunia
  • SUKAN

Olimpian wanita pertama negara, Annie Choong meninggal dunia

Utusan Sarawak 7 months ago
KESATUAN Olahraga Malaysia (KOM) dalam satu kenyataan hari ini menggambarkan Annie sebagai perintis dalam arena olahraga Malaysia.

KUALA LUMPUR: Annie Choong, atlet wanita pertama Malaysia beraksi dalam Sukan Olimpik, meninggal dunia pada usia 90 tahun, semalam.

Annie mencipta sejarah sebagai satu-satunya atlet wanita dalam kontinjen sulung Malaysia yang ketika itu dikenali sebagai Malaya bersaing dalam acara 100 meter (m).

Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dalam satu kenyataan hari ini menggambarkan Annie sebagai perintis dalam arena olahraga Malaysia.

“Mendiang Annie mencipta sejarah dengan bertanding di Sukan Olimpik Melbourne 1956, membuka jalan kepada generasi atlet wanita Malaysia di masa hadapan. Beliau dikenali kerana kepantasan dan semangat juangnya dalam sukan olahraga.

“Semoga keluarga mendiang diberi kekuatan untuk menghadapi waktu sukar ini dan semoga sumbangan beliau terus diingati dalam dunia sukan negara,” menurut kenyataan tersebut.

Di Sukan Olimpik Melbourne 1956, Annie yang ketika itu berusia 22 tahun bertanding dalam acara 100m dan menamatkan larian di tempat keempat dengan catatan masa 12.73 saat.

Legasi yang ditinggalkan oleh Annie telah memberi inspirasi kepada ramai atlet wanita terkemuka Malaysia termasuk Datuk B. Rajamani, Datuk Marina Chin dan lain-lain.

Annie dalam pada itu pernah beraksi dalam edisi kedua dan ketiga Sukan Asia pada 1954 di Manila, Filipina dan 1958 di Tokyo, Jepun.

Beliau juga disenaraikan dalam Dewan Kemasyhuran Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pada 2017.  – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Liverpool rampas kedudukan Liga Perdana daripada Manchester City
Next: Chelsea bangkit ikat Man United

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.