Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Olahraga perlu manfaatkan teknologi untuk tarik minat golongan muda – Sebastian Coe
  • SUKAN

Olahraga perlu manfaatkan teknologi untuk tarik minat golongan muda – Sebastian Coe

Utusan Sarawak 10 hours ago
SEBASTIAN Coe berkata, penggunaan teknologi untuk menjelaskan apa yang berlaku di arena pertandingan, sains di sebaliknya serta peningkatan tahap teknologi dan kefahaman yang perlu dikaitkan dengannya adalah sangat penting.

GABORONE: Inovasi teknikal merupakan kunci untuk menjadikan sukan olahraga lebih mudah diakses oleh khalayak global khususnya golongan muda, kata Presiden Olahraga Dunia Sebastian Coe kepada Xinhua di ibu negara Botswana, Gaborone.

“Sebagai sukan global, kami mampu membawa sukan ini ke seluruh dunia,” kata Coe di luar acara Kejohanan Lari Berganti-ganti Dunia. Ini merupakan kali pertama acara itu diadakan di Botswana dan di benua Afrika.

“Inovasi teknikal amat penting. Golongan muda tertarik kepada teknologi baharu dan teknologi inovatif,” katanya.

“Bagi ramai yang mengikuti sukan ini buat kali pertama, ia bukan sukan yang mudah difahami secara automatik. Jadi penggunaan teknologi untuk menjelaskan apa yang berlaku di arena pertandingan, sains di sebaliknya serta peningkatan tahap teknologi dan kefahaman yang perlu dikaitkan dengannya adalah sangat penting.”

Ketua Olahraga Dunia itu turut memuji peranan China dalam pembangunan bakat dan penganjuran acara.

“China merupakan anggota persekutuan yang sangat berpengaruh, sebuah persekutuan yang baik, dengan ramai atlet muda berbakat, sama ada dalam acara jarak sederhana, pecut dan tentunya dalam acara teknikal seperti lompat dan balingan,” katanya.

“Saya fikir secara keseluruhannya hanya terdapat dua sukan yang benar-benar global. Kita akui bola sepak adalah satu daripadanya, dan olahraga ialah satu lagi.

“Jika dilihat dari segi penyertaan, lebih ramai orang berlari dalam setahun berbanding mana-mana sukan lain. Di China, ini merupakan konsep yang sangat penting, terdapat banyak acara maraton, ultramaraton, larian denai dan larian gunung yang sangat kukuh penyertaannya,” tambahnya.

“Jika kita benar-benar sebuah sukan global, maka kita perlu membawa acara kita bukan sahaja ke negara maju tetapi juga ke negara membangun. Acara di negara membangun boleh memberi impak besar terhadap perkembangan sukan ini, termasuk jumlah golongan muda yang tertarik dan ingin menyertainya,” katanya.

Apabila ditanya perkara paling menonjol sepanjang lawatannya ke China, Coe merujuk kepada organisasi sukan itu, kualiti kejurulatihan dan sains sukan, selain kemudahan bandar serta fasiliti atlet bertaraf dunia.

“Jelas bahawa China, melalui persekutuan olahraga dan Jawatankuasa Olimpiknya, melabur secara besar-besaran dalam masa depan olahraga. Ini adalah perkembangan yang baik untuk sukan kami,” katanya.

Kira-kira 700 atlet dari sekitar 40 negara dan wilayah mengambil bahagian dalam acara dua hari pada 2 hingga 3 Mei itu, dengan slot kelayakan ditawarkan ke Kejohanan Olahraga Dunia 2027 di Beijing serta Kejohanan Terunggul Olahraga Dunia di Budapest pada September. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: PKBM lulus usul tukar nama Velodrom Nasional kepada Velodrom Azizulhasni
Next: Piala Thomas 2026 pengalaman terburuk dalam karier – Jun Hao

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.