Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • PKBM lulus usul tukar nama Velodrom Nasional kepada Velodrom Azizulhasni
  • SUKAN

PKBM lulus usul tukar nama Velodrom Nasional kepada Velodrom Azizulhasni

Utusan Sarawak 8 hours ago
DATUK Azizulhasni Awang.

KUALA LUMPUR: Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) meluluskan usul agar Velodrom Nasional di Nilai, Negeri Sembilan dinamakan semula sebagai Velodrom Azizulhasni bagi menghargai sumbangan besar Datuk Azizulhasni Awang kepada sukan berbasikal negara.

Presiden PKBM, Datuk Amarjit Singh Gill berkata, usul itu dipersetujui sebulat suara oleh ahli gabungan PKBM pada Mesyuarat Agung Tahunan badan induk itu hari ini dan akan dibawa ke Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk pertimbangan memandangkan velodrom itu merupakan hak milik kerajaan.

“Hari ini, kami sebulat suara bersetuju untuk membawa hasrat ini (pertukaran nama Velodrom Nasional) kepada pihak KBS dan Majlis Sukan Negara (MSN). Potensi Azizulhasni harus dicerminkan oleh velodrom tersebut

“Bagaimanapun menukar nama bukanlah satu keputusan yang kita sebagai persekutuan boleh buat sendiri dan ia mungkin ambil masa satu atau dua tahun,” katanya ketika ditemui media hari ini.

Amarjit berkata, sekiranya pertukaran nama itu berjaya, Velodrom Azizulhasni di Dungun Terengganu akan ditukar nama bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.

Velodrom Nasional yang menelan kos pembinaan RM80 juta dirasmikan lima jaguh berbasikal negara termasuk Azizulhasni pada 2017. 

Sementara itu, pada AGM tersebut, Amarjit berkata pihaknya kini menuntut janji daripada pihak pembeli tanah Velodrom Cheras untuk membina velodrom baharu seperti dalam perjanjian asal.

Beliau berkata, bagaimanapun situasi itu kini agak rumit memandangkan difahamkan pembeli asal tanah berkenaan sudah menjualnya kepada pihak yang lain.

“Saya harap pemaju atau sesiapa sahaja yang membeli hartanah tersebut menepati janji mereka. Jika kita boleh mendapat velodrom secara “percuma” di ibu negara, ia akan memudahkan lagi ahli gabungan kita di Kuala Lumpur,” katanya.

Dalam perkembangan lain, pemilihan jawatankuasa PKBM untuk penggal 2026-2030 yang berlangsung hari ini menyaksikan Norazman Abu Samah dipilih sebagai Timbalan Presiden selepas mendapat 44 undi, mengatasi pencabarnya Mohd Saiful Abdul Jalil yang meraih 21 undi. 

Bagi jawatan Naib Presiden dimenangi Muhammad Firdaus Dawod, M Rezal Abu Bakar, Firdaus Arshad, Mohd Zairi Badderul dan Irawan Sudarsono.

“Bagi jawatan lain, iaitu setiausaha, penolong setiausaha, bendahari dan penolong bendahari saya akan berbincang lanjut mengenai perkara ini. 

“Saya tidak mahu membuat keputusan yang terburu-buru dan akan berunding dengan rakan-rakan saya.  Saya mahukan pelantikan berdasarkan mereka yang boleh buat kerja, bukan pelantikan politik,” katanya. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Jangan tekan Azizulhasni untuk berlumba di LA28 – Khairy
Next: Olahraga perlu manfaatkan teknologi untuk tarik minat golongan muda – Sebastian Coe

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.