Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • OKU disaran cebur bidang perniagaan
  • SEMASA

OKU disaran cebur bidang perniagaan

Utusan Sarawak 4 years ago
PENYERAHAN zakat korporat berjumlah RM3,000 kepada usahawan gigih, Mohd Nor Abdullah di Amber Business Plaza berhampiran Kedai Kek LRT Cheras, di sini. • Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) disarankan menceburi bidang perniagaan ke arah usaha meningkatkan taraf ekonomi mereka dengan memanfaatkan pelbagai kemudahan disediakan kerajaan.

Ini termasuk Skim 1 OKU 1 Perniagaan (S1OKU1P) oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang membolehkan golongan itu mendaftarkan perniagaan baharu dan memperbaharui pendaftaran perniagaan secara percuma.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata, kemudahan itu sebahagian daripada komitmen agensi terbabit dalam memenuhi tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka.

“Inisiatif S1OKU1P bertujuan menggalakkan golongan istimewa ini menceburi bidang perniagaan secara sah di sisi undang-undang, sekali gus membantu meningkatkan taraf hidup dan sosio ekonomi mereka.

“Melaluinya, golongan OKU boleh mendaftar dan memperbaharui perniagaan mereka di SSM secara percuma bagi sebuah perniagaan yang diusahakan mereka,” katanya.

Terdahulu, beliau menyerahkan Sijil Pendaftaran Perniagaan SSM kepada usahawan Nasi Lemak Bujang Dekk’s Matt, Mohd. Nor Abdullah di Amber Business Plaza berhampiran Kedai Kek LRT Cheras, di sini.

Ia disusuli penyerahan zakat korporat RM3,000 kepada usahawan gigih itu yang disampaikan Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad merangkap Pengerusi SSM sambil disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Nor Azimah Abdul Aziz.

Alexander berkata, dengan mendaftarkan perniagaan di SSM, mereka dapat memberi keyakinan kepada pelanggan untuk berurusniaga, selain berpeluang mengembangkan potensi perniagaan yang diusahakan.

“Memiliki sebuah perniagaan yang sah amat penting bagi setiap usahawan, termasuk golongan OKU bagi membolehkan mereka memenuhi syarat permohonan untuk mendapatkan bantuan latihan kemahiran, kemudahan pembiayaan dan pelbagai inisiatif lain disediakan kerajaan,” ujarnya.

“Ketika ini, Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 menetapkan fee bagi mendaftarkan perniagaan baharu dan pembaharuan pendaftaran perniagaan RM60 bagi pendaftaran menggunakan nama tred dan RM30 bagi pendaftaran menggunakan nama sendiri.

Bagaimanapun, Melalui S1OKU1P, golongan OKU dikecualikan daripada membayar fee berkenaan.

Setakat 31 Oktober lalu, sebanyak 12,161 perniagaan berjaya didaftarkan di bawah S1OKU1P, dengan 1,686 golongan OKU memanfaatkan skim itu sepanjang 1 Januari hingga 31 Oktober lalu.

“Ia peningkatan empat peratus berbanding tempoh sama tahun lalu dan kita mengunjurkan perangkaan itu terus mencatatkan peningkatan hingga akhir tahun ini.

“Bagaimanapun, bilangan OKU yang memanfaatkan skim ini juga dilihat masih rendah iaitu hanya pada kadar 2.4 peratus berbanding jumlah keseluruhan mereka yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) iaitu seramai 581,265 pada 31 Oktober lalu,” jelasnya.

Justeru, beliau menggesa lebih ramai golongan itu memanfaatkan kemudahan berkenaan, malah ia cukup signifikan bersempena Sambutan Hari OKU Peringkat Antarabangsa 2020 esok.

Kisah Mohd. Nor, yang cacat kedua-dua tangannya sejak lahir, tular di laman sosial berikutan kegigihannya mengusahakan perniagaan nasi lemak bagi menyara kehidupannya.

Malah, kisah kegigihannya menjadi motivasikerana tidak menjadikan kekurangan fizikalnya sebagai halangan untuk mencari rezeki, termasuk menceburi bidang perniagaan.

“Kegigihan Dekk’s Mat memberi inspirasi dan menyuntik semangat kepada kita semua untuk meneruskan kehidupan, terutama dalam keadaan serba mencabar ketika ini.

“Kerajaan, khususnya KPDNHEP sentiasa komited untuk membantu membina semula ekonomi domestik kita, terutama dalam memudahkan urusan perniagaan di negara ini, termasuk peniaga kecil seperti Dekk’s Mat,” katanya.

Maklumat lanjut mengenai S1OKU1P boleh diperolehi melalui talian 03-7721 4000 (Pusat Panggilan SSM) atau emel enquiry@ssm.com.my.

Continue Reading

Previous: Sambutan Hari Belia pada 5 Disember ini
Next: Sarawak catat 14 kes positif semalam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.