NZ lapor kes baharu selepas 25 hari bebas Covid-19

Facebook
WhatsApp
KEADAAN jalan yang lengang di New Zealand akibat pengawalan kes jangkitan virus Covid- 19. • Foto AFP

WELLINGTON: New Zealand (NZ) kembali merekodkan dua kes Covid-19 semalam, selepas lebih tiga minggu tanpa jangkitan baharu virus terbabit.

Menurut Kementerian Kesihatan negara itu, kedua-kedua pesakit baru berkenaan tiba dari United Kingdom (UK) baru-baru ini.

“Dua kes baharu Covid-19 hari ini (semalam) berkait dengan rentas perjalanan dari UK berikutan pembukaan sempadan negara New Zealand dan kedua-dua kes itu ada kaitannya,” katanya dalam satu kenyataan ringkas.

Sempadan New Zealand hanya dibuka untuk rakyat serta keluarga mereka untuk kembali ke negara itu selain beberapa pengecualian bagi urusan perniagaan dan belas kasihan, dengan semua perlu menjalani kuarantin wajib dua minggu.

Negara Pasifik Selatan dengan sekitar lima juta penduduk, yang hanya merekodkan 22 kematian, minggu lalu mengumumkan sudah berjaya menghentikan penularan virus dalam kalangan masyarakat.

Justeru, sekatan perjalanan domestik termasuk penjarakan sosial dan had perjumpaan awam ditarik balik, sementara kawalan ketat sempadan negaranya dikekalkan.

Perdana Menteri, Jacinda Ardern, semalam berkata beliau tidak mengisytiharkan negaranya bebas Covid-19 kerana menjangkakan New Zealand mungkin mempunyai kes jangkitan baharu di masa akan datang. – AFP

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara