Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Nurul Astairah Sahari cari bapa kandung untuk jadi wali pernikahan
  • Utara
  • WILAYAH

Nurul Astairah Sahari cari bapa kandung untuk jadi wali pernikahan

Utusan Sarawak 7 months ago
NURUL Astairah Sahari mohon bapanya kembali dan sesiapa mempunyai maklumat tentang bapanya untuk berhubung dengan keluarganya. 

LIMBANG: Seorang wanita yang bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi berharap dapat mencari  bapa kandungnya untuk menjadi wali pernikahannya.

Nurul Astairah Sahari, 26, dari Kampung Ulak Limbang berkata, dia dan lapan adik-beradik lain terputus hubungan dengan ayah kandungnya Sahari Mail 67, selepas bapanya dilaporkan hilang ketika menangkap ikan di kampung mereka tahun lepas.

Menurutnya, pada kali terakhir bertemu ayahnya ialah pada tahun lepas, sebelum ayahnya dilaporkan hilang dan gagal ditemui sehingga kini.

Sehubungan itu, Nurul Astairah berharap bapanya yang berasal Kampung Telahak Limbang dapat ditemui dan mereka yang mengenali atau mempunyai maklumat menghubunginya di talian 013-2953231 pada kadar segera.

Jelasnya, dia dan bakal suami dari negara jiran Brunei bakal bernikah November ini sebaik urusan mencari bapanya dapat dilakukan.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 10 ahli Pergerakan Pemuda Parti PBB Cawangan Ba’kelalan lawat Parlimen  
Next: Laksana 30 projek RTP bernilai RM5 juta di DUN Kalaka tahun depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.