Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Nilai jualan urusniaga Ekspo Hartanah SHEDA lebih RM21 juta
  • BISNES

Nilai jualan urusniaga Ekspo Hartanah SHEDA lebih RM21 juta

Utusan Sarawak 8 months ago
DATUK Amar Dr Sim Hui Kian, Steve Tan Chen Hang (empat, kanan), Michael Tiang Ming Tee (tiga, kanan), Pengerusi Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) Cawangan Kuching Datuk Sim Kiang Chiok (kanan), Pengerusi Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) Dato Peter Minos (kiri), Datuk Dr Hazland Abang Hipni (tiga, kiri), Datuk Len Talif Salleh (empat, kiri) serta kenamaan lain pada majlis perasmian Ekspo Hartanah SHEDA di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK). 

PETRA JAYA: Lebih RM21 juta dalam jumlah nilai jualan telah diurusniagakan sepanjang tiga hari berlangsungnya Ekspo Hartanah SHEDA, 6 hingga 8 September lepas di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK). 

Menurut Pengerusi Penganjur Ekspo, Steve Tan Chen Hang, berdasarkan maklum balas yang diterima, 60 peratus daripada hartanah ditempah dinilai di atas RM500,000 dan bawah 23 peratus urus niaga adalah unit kediaman bertanah. 

Katanya, pada tahun ini, pembeli menunjukkan minat berlebihan dalam hartanah SOHO, mewakili 11 peratus daripada urus niaga.

“SHEDA memahami keperluan ekspo itu untuk berkembang selaras dengan jangkaan yang tinggi didorong revolusi digital Sarawak. 

“Ekspo masa hadapan mungkin termasuk komponen persidangan serentak agar pemain industri boleh bertukar-tukar idea dan pengetahuan untuk memajukan industri hartanah, di dalam dan di luar Sarawak,” katanya menerusi satu kenyataan pada masa sama menyatakan penghargaan kepada semua pihak berkepentingan yang telah menyumbang ke arah kejayaan majlis tersebut.

Dalam pada itu, beliau merakamkan penghargaan kepada Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Hui Kian, yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak (MPHLG), yang telah menyampaikan ucapan perasmian bagi pihak Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Turut hadir bersama pada majlis perasmian ekspo tersebut, Timbalan Menteri II MPHLG Michael Tiang Ming Tee, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Datuk Dr Hazland Abang Hipni, Timbalan Menteri Perancangan Bandar Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli & Pembangunan Bandar Datuk Len Talif Salleh.

Lawati semula detik acara di halaman Facebook SHEDA di https://www.facebook.com/SHEDAState

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal dagangan
Next: Pemotongan FFR AS beri kelebihan pada ringgit ditutup tinggi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.