Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Niaga hadapan MSM ditutup rendah
  • BISNES

Niaga hadapan MSM ditutup rendah

Utusan Sarawak 5 years ago
MSM DITUTUP RENDAH… Sewaktu dagangan ditutup, kontrak bulan semasa Oktober 2020 susut RM74 kepada RM2,840 satu tan, November 2020 turun RM93 kepada RM2,790 satu tan, Disember 2020 merosot RM104 kepada RM2,757 satu tan manakala Januari 2021 berkurangan RM105 kepada RM2,730 satu tan.

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah bagi hari keempat berturut-turut, menjejaki kelemahan dialami pasaran minyak soya di Lembaga Perdagangan Chicago, Amerika Syarikat (CBOT).

Peniaga minyak sawit, David Ng berkata, penurunan itu juga seiringan dengan prestasi harga minyak sawit yang rendah di Bursa Komoditi Dalian, China.

“Kami mengesan paras sokongan pada RM2,700 satu tan manakala rintangan pada RM2,850 satu tan,” katanya kepada Bernama.

Sewaktu dagangan ditutup, kontrak bulan semasa Oktober 2020 susut RM74 kepada RM2,840 satu tan, November 2020 turun RM93 kepada RM2,790 satu tan, Disember 2020 merosot RM104 kepada RM2,757 satu tan manakala Januari 2021 berkurangan RM105 kepada RM2,730 satu tan.

Jumlah dagangan bagaimanapun meningkat kepada 74,512 lot berbanding 68,989 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 267,608 kontrak daripada 262,573 kontrak, semalam.

Di pasaran fizikal, Oktober Selatan susut RM70 kepada RM2,860 satu tan.- Bernama

Continue Reading

Previous: Pasaran getah ditutup kukuh
Next: INCEIF, BlNS bekerjasama terajui inovasi dalam kewangan islam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.