Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Niaga hadapan emas diunjur diniagakan positif minggu depan
  • BISNES

Niaga hadapan emas diunjur diniagakan positif minggu depan

Utusan Sarawak 11 months ago
HARGA emas fizikal pada AS$2,310.80 setiap auns troy mengikut penetapan tengah hari London Bullion Market Association, kelmarin.

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan positif pada minggu depan susulan penurunan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), kata penganalisis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, logam berharga itu dijangka terus meningkat berikutan hasil Perbendaharaan AS 10 tahun yang lebih rendah dan diniagakan sekitar 4.207 peratus iaitu turun tiga mata asas, semalam.

Pada asas perbandingan Jumaat hingga Jumaat, kontrak Jun 2024 turun kepada AS$2,322.4 setiap auns troy daripada AS$2,355.0 setiap auns troy minggu lepas manakala Julai 2024 merosot kepada AS$2,329.2 setiap auns troy daripada AS$2,361.80 setiap auns troy sebelum ini. 

Kontrak-kontrak Ogos 2024, September 2024, Oktober 2024 dan Disember 2024 rendah pada AS$2,344.8 setiap auns troy daripada AS$2,377.0 setiap auns troy pada Jumaat lepas.

Jumlah dagangan niaga hadapan emas di pasaran tempatan meningkat kepada 78 lot daripada 71 lot dalam minggu sebelumnya manakala kepentingan terbuka menguncup kepada 52 kontrak, seminggu sebelumnya.

Harga emas fizikal pada AS$2,310.80 setiap auns troy mengikut penetapan tengah hari London Bullion Market Association, kelmarin. – Bernama

Continue Reading

Previous: Pasaran getah dijangka bergerak mendatar, cenderung susut minggu depan
Next: Dasar AP terbuka mulai 1 Julai 2024, beri manfaat kepada lebih ramai usahawan Bumiputera

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.