Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Niaga hadapan emas dijangka diniagakan lebih rendah minggu depan
  • BISNES

Niaga hadapan emas dijangka diniagakan lebih rendah minggu depan

Utusan Sarawak 1 month ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Pasaran niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan lebih rendah minggu depan yang mungkin mendorong pelabur untuk membeli pada harga lebih rendah, kata Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes.

Beliau, berkata emas masih merupakan aset yang menguntungkan dan mudah tunai selain dalam situasi kejatuhan pasaran ekuiti yang menyeluruh, aset yang menguntungkan akan dijual.

“Ini merupakan paradoks penyesuaian semula dan emas mungkin mengalami penurunan jangka pendek, bukan kerana asasnya rosak tetapi kerana portfolio perlu menampung kekosongan di tempat lain,” katanya.

Beliau, berkata permintaan jangka panjang terhadap emas masih kukuh.

Pada minggu yang dipendekkan cuti, harga bulan semerta April dari Jumaat ke Jumaat AS$3,105.20 setiap auns troy berbanding AS$3,080.20 setiap auns troy pada minggu lepas.

Sementara itu, kontrak Mei 2025, Jun 2025 dan Ogos 2025 meningkat kepada AS$3,126.80 setiap auns troy daripada AS$3,090.20 setiap auns troy minggu lepas.

Jumlah dagangan menokok kepada 340 lot minggu ini berbanding 226 lot minggu lepas manakala kepentingan terbuka naik kepada 141 kontrak berbanding 78 kontrak sebelumnya.

Mengikut penetapan harga London Bullion Market Association kelmarin, harga emas fizikal berada pada harga AS$3,118.10 setiap auns troy.

Pasaran ditutup pada Isnin dan Selasa bagi meraikan sambutan Aidilfitri. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Kontrak niaga hadapan MSM dijangka didagangkan rendah minggu depan
Next: Tarif baharu AS mungkin beri sedikit impak kepada ekonomi negara – PM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.