Ngo Dayak Miri wujudkan ‘Food Bank’

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
BERSATU… NGO Dayak Miri bersatu melaksanakan kerja amal dengan menyediakan food bank yang diketuai Laurence Uri (tengah).

Kerjasama beberapa buah Badan Bukan Kerajaan (NGO) Dayak Miri berjaya wujudkan `food bank` khas untuk mereka yang terkesan pandemik Covid-19.

NGO Dayak Miri terlibat ialah Terabai Dayak Draf, Teresang Dayak, Terabai Menua dan Legends Bistro Permyjaya yang telah berjaya mengagihkan bantuan kepada 50 buah keluarga terkesan akibat Covid-19.

Pengerusi Teresang Dayak Miri, Ugik Jalit ketika dihubungi berkata, aktiviti kerja amal ini sentiasa dilakukan bersama-sama beberapa NGO di sekitar Miri.

Katanya, kerja amal `food bank` ini diketuai oleh Presiden Terabai Dayak Draf Miri, Laurence Uri.

“Kami berharap kerja amal dengan menyediakan `food bank` ini akan dapat membantu meringankan bebanan golongan yang terkesan.

“Terdapat 50 keluarga terkesan akibat pandemik Covid-19 telah menerima agihan masing-masing,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau menambah bahawa mana-mana pihak yang ingin berkerjasama dan membantu dalam usaha kerja amal menyalurkan bantuan makanan dialu-alukan.

Oleh ADUM LIU