SERIAN: Taman Danu, Serian bakal digegarkan dengan ‘ngauman’ enjin bot kawalan jauh bermula Jumaat hingga Ahad ini, 4 Disember.
Seramai 150 pelumba dari dalam dan luar negara bersama 517 bot telah mengesahkan penyertaan mereka dalam ‘Serian International Remote Control Carnival 2022’ yang berlangsung selama tiga hari di sini.
Antara acara yang berlangsung selain pertandingan bot kawalan jauh ialah pertandingan rc flying dan rc crawler. Turut diadakan gerai jualan Majlis Daerah Serian, pentas rakyat dan banyak lagi.
Acara akhir bagi kelas B serta E akan diadakan jam 5.50 petang Jumaat ini, manakala bagi kelas D serta F akan diadakan pada Sabtu, 3 Disember (5.50 petang) dan kelas G, H serta A akan diadakan pada Ahad, 4 Disember (2 petang).
Dalam pada itu, 11 pelumba antarabangsa yang mengambil bahagian iaitu masing-masing seorang dari Dubai, Kuwait, Abu Dhabi, Indonesia, Thailand (2), Brunei (5).