Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Neymar selamat jalani pembedahan
  • SUKAN

Neymar selamat jalani pembedahan

Utusan Sarawak 2 years ago
PENYERANG Brazil, Neymar, 31, selamat menjalani pembedahan selepas mengalami kecederaan ketika Brazil tewas 0-2 kepada Uruguay dalam aksi kelayakan Piala Dunia Brazil di Montevideo bulan lalu.

RIO DE JANEIRO: Penyerang Brazil, Neymar selamat menjalani pembedahan selepas mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) dan meniscus di lutut kiri, kata petugas perubatan yang merawatnya, semalam, lapor Xinhua.

Pemain berusia 31 tahun itu mengalami kecederaan ketika Brazil tewas 0-2 kepada Uruguay dalam aksi kelayakan Piala Dunia Brazil di Montevideo bulan lalu.

Beliau dijangka menjalani proses pemulihan selama enam bulan.

“Pembedahan itu berjaya. Beliau akan kekal di hospital selama 24 atau 48 jam lagi bergantung kepada perkembangan kesihatannya,” kata doktor kepada pasukan Brazil Rodrigo Lasmar dalam satu kenyataan ringkas.

Lasmar berkata, langkah seterusnya adalah pemulihan dan fisioterapi.

Pakar berpendapat bahawa Neymar perlu direhatkan sehingga lapan bulan sebelum pulih sepenuhnya, bermakna beliau mungkin terlepas Copa America yang dijadual berlangsung di Amerika Syarikat pada Jun dan Julai depan. – Bernama – Xinhua

Continue Reading

Previous: Haaland bikin Man United terus merudum
Next: YAKEB harap bekas atlet diberi lebih peluang pekerjaan 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.