Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • New Zealand lanjut sekatan tahap dua
  • GLOBAL

New Zealand lanjut sekatan tahap dua

Utusan Sarawak 5 years ago
PERDANA Menteri New Zealand Jacinda Ardern

MOSCOW: Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern mengumumkan sekatan yang dikenakan akibat Covid-19 dilanjutkan seminggu lagi sehingga 21 September, menurut Agensi Berita Sputnik.

New Zealand akan kekal di bawah peraturan sekatan Tahap Dua, kata Ardern pada sidang media yang disiarkan menerusi Facebook pada Isnin.

Sementara itu, bandar raya Auckland berada di bawah Tahap 2.5 hingga 23 September, kata perdana menteri.

Mesyuarat Kabinet pada Isnin depan akan menilai semula keadaan Covid-19 di New Zealand dan sama ada sekatan akan diturunkan kepada Tahap Satu.

Menurut Ardern, mulai Isnin juga syarat penjarakan fizikal dalam pesawat dan pengangkutan awam dilonggarkan namun, pemakaian pelitup muka masih dikuatkuasakan.

Pada Sabtu, ribuan penunjuk perasaan menyertai demonstrasi aman membantah sekatan di Auckland.

Menurut Kementerian Kesihatan hanya satu kes baharu didaftarkan di negara ini dalam 24 jam yang lalu. 

Setakat ini, New Zealand mencatatkan sejumlah 1,447 kes Covid-19 dengan  24 kematian.- Bernama

Continue Reading

Previous: 10 mayat tragedi lombong emas ditemui
Next: Ujian vaksin Covid-19 AstraZeneca ditangguhkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.