Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • New York semakin huru-hara
  • GLOBAL

New York semakin huru-hara

Utusan Sarawak 5 years ago
KEADAAN sebuah van milik Jabatan Polis New York (NYPD) yang dibakar oleh penunjuk perasaan di Brooklyn, New York.• Foto AFP

NEW YORK: Protes antipolis berikutan kematian lelaki kulit hitam, George Floyd mencetuskan huru-hara di Brooklyn apabila ratusan penunjuk perasaan cuba mengepung beberapa kawasan presint 88 di Clinton Hill dan membakar sebuah van milik Jabatan Polis New York (NYPD), malam tadi.

Menurut sumber, kira-kira 200 orang dilaporkan ditangkap dalam demonstrasi yang mengganas di Lower Manhattan dan Brooklyn.

Terdahulu, sekurang-kurangnya 3,000 penunjuk perasaan telah berkumpul di Pusat Barclays sebelum pihak polis bertindak melepaskan tembakan gas pemedih mata ketika peserta protes itu mula melemparkan objek ke arah pasukan polis.

Dalam pada itu, Datuk Bandar New York, Bill de Blasio dilaporkan tiba di Pusat Barclayslewat malam tadi sebelum memuat naik status di laman Twitternya yang meminta orang ramai bertenang.

“Kita menghadapi malam yang panjang di Brooklyn. Fokus utama kami adalah untuk meredakan situasi ini dan memastikan orang ramai pulang ke rumah dengan selamat,” ciapnya.

Penunjuk perasaan berhimpun bagi menuntut keadilan terhadap kematian Floyd di Minneapolis yang meninggal dunia pada Isnin lalu selepas seorang anggota polis melutut pada lehernya semasa menangkapnya.

Pegawai polis terbabit, Derek Chauvin, dilaporkan telah ditangkap awal semalam dan didakwa membunuh dan melakukan pembunuhan tanpa niat. –AFP

Continue Reading

Previous: 367,000 korban di seluruh dunia
Next: Kemarahan di AS kini merebak ke Australia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.