KATHMANDU: Nepal pada Sabtu melaporkan kematian pertama akibat Covid-19 membabitkan seorang wanita berusia 29 tahun dan baru bersalin pada 6 Mei lalu, lapor agensi berita Xinhua.
Kementerian Kesihatan dan Penduduk dalam satu kenyataan berkata wanita dari Sindhupalchwok, sebuah daerah di wilayah tengah Nepal, meninggal dunia pada 14 Mei ketika dalam perjalanan ke hospital.
“Siasatan dan hasil ujian mengesahkan ia kematian pertama akibat Covid-19 di negara ini,” kata kementerian itu.
Wanita itu, diizin keluar hospital pada 7 Mei selepas bersalin dan kemudian mengalami demam dan masalah pernafasan sebelum dihantar ke sebuah hospital tempatan.
Menurut Pejabat Pentadbiran Daerah Sindhupalchwok, Pusat Pengurusan Krisis Covid-19 memutuskan untuk menutup seluruh kampung mangsa dan kawasan yang menempatkan rumah ibu bapanya.
Mesyuarat itu juga akan mengesan kontak untuk membolehkan mereka dikuarantin.
Nepal setakat ini mencatatkan 281 kes Covid-19- Bernama